Foto: JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang lagi mangsa yang cedera parah selepas kereta dinaiki bersama tiga rakannya melanggar tiang elektrik di KM24 Jalan Renggam ke Simpang Renggam, Kluang malam tadi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrain Mohd. Noh berkata, mangsa berusia 20-an menerima rawatan di zon merah wad kecemasan akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Tambah beliau, dalam kejadian jam 11.50 malam itu, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Wira yang dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala ke arah Renggang maut apabila kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar tiang elektrik.

“Kes disiasat di Bawah Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di talian 07-778422. – MalaysiaGazette

Tiga remaja maut kereta terbabas langgar tiang elektrik

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here