Tan Sri Razarudin memeriksa kawalan Hormat di Majlis Perhimpunan Bulanan Jun 2024 KPN di BUkit Aman hari ini

KUALA LUMPUR – Semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta supaya menjalankan pemantauan secara menyeluruh terhadap kumpulan radikal dan pelampau agama.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, kepimpinan PDRM perlu memastikan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah, kontinjen dan balai berada dalam keadaan siap siaga dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam pemantauan tersebut.

“Semua warga polis juga perlu mengamalkan nilai integriti yang tinggi semasa bertugas dalam lapangan dan menghindari amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan KPN, di sini, hari ini.

Sementara itu, Razarudin meminta warga PDRM supaya lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here