Gambar ihsan : IPD Lipis

KUANTAN – Keseronokan mendaki di Gunung Tahan, Kuala Lipis bertukar cemas bagi sekumpulan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah salah seorang daripada mereka dipatuk ular berbisa.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 6.15 petang semalam.

Beliau berkata, kejadian berlaku di Kem Botak, Gunung Tahan ketika mangsa yang merupakan seorang penuntut perempuan berusia 20 tahun sedang mandi di lokasi terbabit.

Gambar ihsan : IPD Lipis

“Tiba-tiba tangan kiri mangsa dipatuk ular antara ibu jari dan jari telunjuk. Tindakan rawatan awal ke atas mangsa telah dilakukan oleh peserta pendakian,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Azli, memandangkan kejadian berlaku pada waktu malam dan memerlukan 10 jam waktu pendakian untuk tiba di lokasi tersebut, operasi menyelamat ditangguh keesokan hari iaitu hari ini menggunakan helikopter bomba.

Beliau memberitahu mangsa telah selamat dibawa ke Hospital Kuala Lipis pada pukul 10.20 pagi bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here