Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun melihat peta kawasan DUN Nenggiri selepas sidang media mengenai Pilihan Raya Kecil N43 DUN Nenggiri di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 28 JUN 2024.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 17 Ogos depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR yang baru dilantik, Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK DUN tersebut.

“Hari mengundi bagi PRK DUN Nenggiri ditetapkan pada 17 Ogos manakala hari penamaaan calon pada 3 Ogos ,” katanya hari ini.

Ramlan yang dilantik pada Rabu lalu berkata tarikh undi awal pula ditetapkan pada 13  Ogos.

SPR menetapkan tempoh 14 untuk kempen PKR kedua yang diadakan tahun ini.

Seramai 20,259 pengundi kawasan itu layak mengundi berdasarkan kepada Daftar Pemilih Tambahan Bulan April yang dikemaskini sehingga 18 Jun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 20,245 orang adalah pengundi biasa, dan 14 orang anggota polis.

“PRK DUN Sungai Bakap melibatkan perbelanjaan RM1.6 juta,” jelas Azmi lagi.

Ramli berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK DUN Nenggiri akan dibuka bermula hari ini.

Tambahnya, SPR melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu tiga Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan proses pilihan raya manakala dua pasukan penguat kuasa ditubuhkan bagi memantau aktiviti kempen sepanjang PRK.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK terbabit adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan setakat April yang dikemas kini pada 18 Jun lalu. DPPR ini mengandungi seramai 20,259 pemilih,” katanya.

Pusat penamaan dan pusat penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Perdana Kompleks Perdana Majlis Gua Musang.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim untuk menghentikan PRK DUN itu atas alasan beliau masih penyandang yang sah.

Dengan keputusan itu, SPR boleh mengadakan Mesyuarat Khas PRK Dun berkenaan bagi menentukan tarikh bagi penamaan, undi awal dan hari pengundian.

Pada 19 Jun lepas, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dilaporkan berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi Nenggiri.

Mohd Amar berkata, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here