Sebuah unit rumah tingkat 3 di Blok A6 Desa Pandan musnah dalam kebakara awal pagi tadi. - Foto Ihsan PGOKL

KUALA LUMPUR — Sebuah kediaman tingkat tiga di flat Jalan Desa Pandan, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.18 pagi.

Katanya, seramai 23 anggota lain-lain pangkat dan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, Pudu, Jalan Hang Tuah dan Keramat.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat tiga yang berkeluasan 750 kaki persegi (kps)

“Kebakaran di unit rumah itu musnah sebanyak 100 peratus dan berjaya dikawal daripada merebak unit lain. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada  dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here