Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi merangkap Menteri Jawatankuasa Khas Pertabalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Warkah tersebut dipersembahkan oleh Menteri Komunikasi merangkap Menteri Jawatankuasa Khas Pertabalan, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangas Datuk Rozainor Ramli serta Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Juga hadir Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara yang juga Pegawai Istiadat Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here