lanjut pelajaran National Integrated College (NIC) di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 27 JUN 2024
National Integrated College (NIC) di Sri Rampai, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 27 JUN 2024

KUALA LUMPUR – Tidak mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bukan bermakna impian melanjutkan pengajian terhenti.

Ini terbukti apabila National Integrated College (NIC) telah memberi peluang kedua kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dengan kadar yuran yang amat berpatutan.

Terletak di Wisma Rampai, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, NIC berjaya melahirkan ramai graduan dalam kursus-kursus yang ditawarkan.

Mendapat perakuan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), NIC menawarkan kursus-kursus yang bertepatan dengan kehendak industri pekerjaan hari ini.

Tiga graduan NIC yang ditemui melahirkan ucapan terima kasih kerana pengajian di kolej ini memberikan lembaran baharu dalam kehidupan mereka.

Darryl Anak Laga, 27, yang berasal dari Kapit, Sarawak, merupakan graduan Diploma Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan kini berbangga kerana sudah mempunyai kerjaya tetap sebagai juruteknik di sebuah kilang terkemuka.

“Jujur saya katakan, keputusan SPM saya memang tak layak untuk masuk mana-mana institusi pengajian tinggi awam ketika itu.

“Nak masuk instittusi pengajian tinggi swasta tak mampu kerana yuran terlalu tinggi, tetapi NIC adalah jawapan kepada pencarian saya,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jelasnya, NIC telah merealisasikan impiannya menggenggam diploma dan kini mempunyai kerjaya.

“Saya seronok kerana pada zaman belajar, NIC menyediakan kemudahan penginapan dan juga sumber kewangan, apatah lagi saya dari Sarawak, semuanya terjaga dengan begitu baik di sini.

“Dengan suasana pengajian yang kondusif, kolej ini adalah yang terbaik buat saya,” ujarnya.

Seorang lagi graduan Diploma Pengurusan Industri Halal Muhammad Syahmi Afiq Sharuddin,25 berkata, kejayaan yang diraihnya hari ini adalah hasil daripada pengajiannya di NIC.

“Pengajian industri halal ini sangat tepat dengan kerjaya saya sekarang.

“Zaman sekarang, sektor halal sudah jadi sangat penting. Sepanjang pengajian, kami didedahkan dengan keadaan sebenar industri dan ini membuatkan kami lebih memahami situasi sebenar,” katanya.

Muhammad Syahmi Afiq kini merupakan Pengarah kepada Miisaja Global Resources berkata, perniagaan sos lasagna yang diusahakan hampir setahun telah membuahkan hasil yang cukup baik.

“Sekarang sos lasagna saya sudah dipasarkan di Perlis dan Terengganu dan insyaAllah akan masuk ke pasaran lebih besar tidak lama lagi.

“Bukan sahaja yuran pengajian tidak terlalu tinggi, kami disediakan penginapan hostel dan ada bantuan kewangan,” katanya lagi.

Seorang lagi graduan Diploma Pengurusan Sumber Manusia Arina Nadira Annuar, 22, yang menerima biasiswa hampir RM300 setiap semester sepanjang pengajiannya.

Menurut Arina, pada mulanya, dia tidak tahu mengenai biasiswa tersebut hinggalah melihat penyata yang diberikan bahagian pentadbiran pelajar.

“Terkejut juga saya tengok saya dapat biasiswa hampir RM300 untuk setiap semester yang mana boleh tolak terus kepada yuran pengajian.

“Alhamdulillah, rezeki saya, sekarang sya hanya perlu bayar dalam lingkungan RM4000 sahaja untuk pengajian saya selepas ditolak pinjaman dan biasiswa ini,” katanya lagi.

Jelasnya, pemilihan NIC pada ketika dunia dilanda Covid-19 adalah untuk memastikan dapat menamatkan pengajian dengan lebih cepat.

“Ketika itu, tidak ada kolej lain yang berani meneruskan pengajian, tetapi NIC sudah bersedia menerima pelajar walaupun dengan cara atas talian.

“Selepas belajar, saya membuat Latihan industri di Syarikat terkemuka hingga akhirnya dapat pekerjaan,” katanya.

Terkini, selain tiga kursus ini, kursus diploma lain yang ditawarkan adalah Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengurusan Psikologi.

Lebih menarik, NIC bukan hanya menawarkan yuran berpatutan, malah turut menyediakan tablet percuma kepada pelajar semester pertama yang mencapai keputusan GPA 3.0 dan ke atas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengajian dan yuran, boleh hadir ke Hari Terbuka NIC yang akan berlangsung pada 20 Julai hadapan bertempat di ruang legar Datum Jelatek Shopping Centre bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. – MalaysiaGazette

VIDEO:

MGNews : NIC Peluang Kedua Sambung Pelajaran

ARTIKEL BERKAITAN:

MGNews : NIC Peluang Kedua Sambung Pelajaran

BECTA, NIC dan syarikat UK, Eastwood Park tandatangan MoC TVET kesihatan

MGNews: BECTA, Eastwood Park Dan NIC Jalin Kerjasama Strategik TVET Kesihatan

BorakMG: NIC Tawar Pembelajaran Khusus, Fleksibel Buat Lepasan SPM

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast