Bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) berjaya menyelesaikan sebanyak 51,233 kes (termasuk kes tertunggak) bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Berdasarkan jumlah tersebut sebanyak 9,081 kes adalah kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR), manakala 42,152 kes pula merupakan kes Tribunal Pengurusan Strata (TPS).

Bagi tempoh 2018 hingga 2023, sebanyak 48,839 kes TPPS telah didaftarkan dengan jumlah kes yang berjaya diselesaikan sebanyak 51,233 termasuk kes-kes
tertunggak dari tahun – tahun sebelumnya.

Tahun 2023 mencatatkan jumlah tertinggi penyelesaian kes iaitu sebanyak 11,361 kes.

Bagi Januari sehingga Mei 2024, jumlah pendaftaran kes TTPR adalah sebanyak 791 kes dan 943 kes berjaya diselesaikan.

Untuk TPS pula, pendaftaran kes adalah 4,180 kes dan telah berjaya menyelesaikan sebanyak 3,927 kes.

Katanya, daripada jumlah 4,180 pendaftaran kes TPS adalah sebanyak 2,941 kes yang didaftarkan secara dalam talian melalui sistem e-TPS berbanding 1,239 kes yang didaftarkan di kaunter.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming: “Semua Presiden yang dilantik perlu sentiasa menjaga imej diri serta memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas secara adil, telus dan berintegriti,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada 28 orang presiden baharu bagi TTPR dan TPS bertempat di KPKT, Putrajaya.

Pelantikan ini menjadikan jumlah Presiden TPPS pada ketika ini adalah seramai 43 orang iaitu 14 orang Presiden TTPR dan 29 orang Presiden TPS. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here