Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan seorang anggota penguat kuasa selepas disyaki meminta wang suapan sebanyak kira-kira RM60,000 daripada seorang pengadu sebagai balasan menutup kes pengadu atas kesalahan menipu.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia 40-an itu telah ditahan antara kira-kira jam 11 malam semalam.

“Suspek disyaki telah hadir berjumpa pengadu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur tetapi menghilangkan diri apabila mengarahkan pengadu menunggunya di satu tempat yang tidak jauh daripada restoran tersebut bagi tujuan mengambil wang rasuah yang dimintanya.

“Bagaimanapun suspek telah ditangkap dan ditahan selama 24 jam sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas selepas mengambil keterangan,” kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin semasa dihubungi telah mengesahkan tangkapan individu tersebut.

Katanya, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here