Bas persiaran terbalik ketika turun daripada Genting Highlands pagi tadi. Gambar: Media Sosial

KUANTAN – Dua warganegara China maut apabila bas persiaran dinaiki mereka terbabas lalu terbalik ketika turun dari Genting Highlands, pagi tadi.

Seramai 19 lagi dilaporkan cedera.

Difahamkan mangsa yang maut tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian dilapor berlaku di Kilometer 16.5 Jalan Turun Genting-Bentong pada pukul 10.43 pagi.

“Bas persiaran tersebut membawa 21 penumpang terdiri daripada 18 penumpang warga China, serta dua pemandu pelancong warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, sembilan lelaki dan tujuh wanita warga China dan tiga warga tempatan yang cedera dibawa keluar daripada bas tersebut

Katanya, kedua-dua mayat mangsa terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat memaparkan situasi kemalangan bas persiaran itu dengan kelihatan beberapa anggota keselamatan telah berada di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here