Allahyarham Dr Syed Husin Ali

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali, meninggal dunia awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. berkata, beliau telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lalu.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu.

Syed Husin pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden PKR, Presiden Parti Rakyat Malaysia, dan Profesor di Universiti Malaya.

“Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk “Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara” yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta “Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN”, dan banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air.

“Saya sendiri pernah membantu kempen Allahyarham pada PRU 2004 waktu beliau bertanding di PJ Selatan,” katanya dalam perkongsian di X.

Tambah Fahmi, Dr Syed seorang yang pandangannya cukup dihormati dalam parti dan sering menjadi rujukan para pimpinan. Beliau seorang penyabar, lemah lembut, tegas dalam bab disiplin, dan banyak menyampaikan nasihat termasuk kepada diri saya sendiri.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here