Dua suspek berbaju hujan membuka pintu sebuah rumah dan melarikan motosikal milik peguam dari kediamannya di Taman Selasih Fasa 2 Batu Caves petang semalam sedang diburu polis.

GOMBAK- Polis sedang memburu seorang suspek lelaki yang disyaki telah mencuri dan melarikan motosikal dari sebuah rumah di Batu Caves semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, polis telah mengesan video tular kecurian motosikal itu di Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Hasil siasatan polis mendapati, sekitar jam 5.44 petang semalam, polis telah menerima laporan daripada seorang peguam lelaki, 41, yang memaklumkan motosikal jenis Yamaha LC 135 milik keluarganya telah dicuri.

Kejadian itu berlaku sekitar am 3.20 petang semalam.

“Menurut pengadu, dua lelaki bangsa tidak pasti menaiki sebuah motosikal dipercayai Yamaha Y15 dan memakai baju hujan telah masuk ke dalam ‘porch’ rumah dengan membuka pintu pagar.

“Suspek dipercayai telah mematahkan kunci ‘handle’ motosikal dan melarikan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu,  polis telah memperhebatkan usaha mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, Sarjan Muhammad Ekhmal Nasir Khan di talian 013–3020385 atau bilik gerakan ibu pejabat polis daerah gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here