Tangkap layar kejadian kemalangan babitkan dua kenderaan di Kilometer 47.3 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) tengah hari semalam.

KUANTAN – Empat penumpang dalam kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) cedera selepas terlibat dalam kemalangan dua kenderaan diĀ  Kilometer 47.3 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati, MPV yang dipandu seorang lelaki warga asing di sebelah kiri jalan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jeli, Kelantan telah bergesel dengan kenderaan Jakoa.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, empat penumpang pacuan empat roda terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan tiga perempuan berusia 15 hingga 39 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Temerloh bagi menerima rawatan.

Manakala kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat tidak mengalami kecederaan.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular video rakaman kamera papan pemuka berdurasi 24 saat di media sosial memaparkan sebuah pacuan empat roda berpusing di jalan raya tersebut selepas bergesel dengan sebuah kenderaan lain. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here