Ruslin Jusoh

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan seorang pengarah syarikat pekerja asing yang menafikan terlibat sebagai dalang sindiket pengemis dan mendakwa dipukul oleh pegawai imigresen semasa ditahan dalam operasi penguatkuasaan pada 25 Jun 2024.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JIM akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil dalam usaha
membendung penyalahgunaan kuasa.

Dalam masa yang sama, pihak jabatan sedang menunggu laporan lengkap daripada JIM Kuala Lumpur dan seterusnya akan meneliti dakwaan tersebut.

“Sekiranya didapati berlakunya tindakan pelanggaran prosedur operasi standard atau penyalahgunaan kuasa oleh pegawai terlibat, tindakan dan hukuman tegas akan diambil.

“JIM memandang serius kes-kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai JIM dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran SOP sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan.

Semalam, sebuah portal melaporkan kenyataan seorang pengarah syarikat agensi pekerja asing menafikan terlibat dalam sindiket menggunakan warga asing dan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti mengemis di sekitar ibu negara.

Malah, warganegara Malaysia yang berusia 41 itu turut membuat laporan polis selepas mendakwa dicederakan oleh pegawai JIM semasa ditahan dalam operasi oleh jabatan itu di Kuala Lumpur pada 25 Jun lalu.

Lelaki itu mendakwa dia selalu berjumpa kawan-kawannya pada waktu malam di pejabat kawan di tingkat Bawah banguan empat tingkat.

Pada hari kejadian, katanya, JIM membuat operasi dan mereka semya digari sebaik sahaja tiba di premis tersebut.

Katanya, dia satu-satunya warga Malaysia yang berada di situ.

Dia juga mendakwa telah dipukul oleh pegawai-pegawai JIM dan memaksanya untuk mengaku salah seorang sindiket menggunakan kanak-kanak mengemis. – MalaysiaGazette

Imigresen bongkar sindiket mengemis warga asing, kanak-kanak di KL

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here