Kamal Haasan ((5 dari kiri) bersama pelakon Siddharth, dan SJ Suryah (pertama kiri) di sidang media promosi filem sekuel Indian 2 di NU Sentral semalam.

KUALA LUMPUR – Bintang pelakon tersohor India, Kamal Haasan kembali semula ke pawagam sebagai warga emas pejuang kebebasan, Senapathy berusia 106 tahun untuk memerangi  amalan rasuah yang parah di negaranya menerusi sekuel Indian 2 pada 12 Julai 2024.

Ia merupakan filem sekuel daripada lakonannya Indian yang telah pecah panggung lebih 100 hari pada 1996.

Hero Kollywood yang terkenal dengan jolokan popular ‘Universal Actor’ itu berkata, keseluruhan kru filem Indian 2 kini berdepan cabaran sangat besar untuk mempromosikan filem itu pada kali ini.

Cabaran terbesar untuk mereka menghasilkan sekuel Indian 2 dan Indian 3 adalah perlu memberi kepuasan kepada generasi ‘Z’ supaya mereka boleh menerima serta mesej yang disampaikan dalam filem itu sepenuhnya.

“Kalau filem ‘Indian’ pertama, ia menjadi filem termahal di India ketika itu dan diraikan oleh generasi ketika itu – 28 tahun lalu selepas ditayang di pawagam bermula pada 9 Mei 1996.

“Tetapi, cabaran sekarang adalah saya berdepan dengan Gen Z yang langsung tidak hormati dan hargai sepertimana generasi dahulu terhadap idea, topik perangi rasuah serta watak utama (Senapathy) yang saya pegang dalam filem itu sehingga saya perlu terangkan kepada mereka untuk menerima watak tersebut.

“Saya tak boleh harapkan penonton bertanya kenapa dia (Senapathy) berbuat begitu (seni pertahan diri varmam)?..sebaliknya mereka perlu fahami watak utama itu (Senapathy) sendiri tanpa bertanya kepada (penonton) generasi terdahulu siapa dia sebenarnya..tetapi untuk generasi lama mereka tidak lagi bosan kerana mereka sudah kenali dan tahu peranan watak Senapathy yang saya mainkan dalam filem terbabit,” katanya.

Bagi tujuan itu, katanya, cabaran untuk memujuk kedua-dua generasi lama dan Gen Z sekarang untuk mengadaptasi jalan cerita filem Indian 2 selepas hamper 3 dekad bukan sekadar terletak di bahu beliau seorang sahaja tetapi juga pengarah filem berkenaan S.Shankar, penulis dialog dan juga penulis skrin.

Kamal Haasan bercakap di sidang media promosi filem sekuel terbaharunya Indian 2 di NU Sentral KL menjelang tayangan rasminya di 154 pawagam di Malaysia pada 12 Julai 2024

“Dengan mengambil serius perkara itu, seluruh kru pembikinan filem ini khususnya, saya sebagai pelakon utama, ahli sinematografi, koreografer aksi lagak ngeri dan juga muzik latar telah bekerja keras dan mencurahkan segala pengetahuan, teknologi terkini perfileman untuk menghasilkan filem ini agar lebih berkualiti dan memenuhi standard filem bertaraf antarabangsa dan memuaskan penonton di pawagam nanti.

“Kami mengukir setiap watak lakonan dan situasinya dengan penuh teliti dan sempurna menggunakan segala kemahiran filem yang dimiliki dan kini bakal sajikan kepada peminat Indian di serata dunia termasuk Malaysia.

“Saya sangat optimis and yakin Indian 2 akan menghiburkan dan memenuhi harapan anda selepas setia menantikannya selama hampir tiga dekad ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas promosi filem sekuel Indian 2 yang diadakan oleh MyEvents International di NU Sentral, ibu negara hari ini yang turut disertai pelakon Sithaarth, dan S.J Suryah seorang pelakon popular India yang memainkan watak vilain utama dalam filem tersebut.

Ribuan peminat tegar Kamal Haasan difahamkan menantikan kemunculan mereka seawal jam 4 petang lagi sebelum ruang tengah kompleks NU Sentral itu bergegar dengan sorakan gemuruh sejurus melihat kemunculan Kamal Haasan dan sebahagian pelakon lain Indian 2.

Filem berkenaan adalam sekuel dari Indian pertama yang telah dikeluarkan pada tahun 1996.

Dalam filem Indian pertama mengisahkan tentang Senapathi, seorang bekas pejuang kebebasan India dan juga ahli Indian National Army (INA) bawah kepimpinan Subash Chandra Bose berusia 78 tahun membunuh setiap pegawia kerajaan yang menyeksa rakyat dengan meminta rasuah.

Senapathy akan menyerang dan melumpuhkan badan perasuah menggunakan seni mempertahankan diri tertua India ‘Varma Kalai’ sebelum membunuh mereka termasuk nyawa anak kandung sendiri.

Malah di majlis sama, Kamal Haasan juga memaklumkan beliau juga bersedia untuk membuat pengumuman penting tentang sekuel ke-3 filem Indian sekiranya penonton di Malaysia menyumbang rekod pecah panggung melebihi 100 hari untuk Indian 2.

Katanya, filem Indian 3 kini berada di penghujung penggambarannya dan kini sedang melalui fasa terakhir penyuntingan oleh kru filem di India sebelum dijangka menemui penonton di pawagam seawal Januari 2025.

Menurut Kamal Haasan lagi, berbanding Indian 2, beliau lebih menyukai dan tidak sabar untuk memperkenalkan sekuel ketiga filem terbabit kepada para peminatnya di seluruh dunia.

Katanya, walaupun beliau dan kru filem Indian 2 menyajikan yang terbaik kepada masyarakat, hanya penontonnya yang bakal menentukan kejayaannya 12 Julai nanti. sesebuah filem itu.

“Saya mengambil inisiatif untuk datang bertemu para peminat saya di Kuala Lumpur untuk menghargai kesabaran anda menantikan sekuel baharu iaitu Indian 2, dan kini giliran kami seluruh kru tak sabar untuk melihat anda (peminat di Malaysia) menjayakan Indian 2 nanti.

“Dalam dunia hiburan, peminat adalah hakim yang perlu menilai dan mengiktiraf artis-artis seperti kami agar terus mempamerkan lakonan berkualiti dan filem yang lebih berkelas dunia untuk memanfaatkan sepenuhnya kemajuan teknologi terkini perfileman.

Kamal mengakui dan sedia maklum mengenai kritikan dan komen-komen mengenai arahan muzik untuk Indian 2 di India yang dikatakan tidak membawa impak kuat seperti dalam filem pertamanya.

Namun, beliau optimis, muzik yang dihasilkan oleh komposer baharu itu akan membawa impak yang diharapkan dalam filem tersebut kali ini.

“Saya perlu akur di sini bahawa sejak zaman 80-an sehingga kini dalam dunia sinema India, Ilayaraja dan A.R Rahman merupakan dua komposer muzik pujaan saya.

“Mungkin selepas ini saya akan memahami dan menyukai muzik Anirudh selepas Indian 2 keluar nanti,” jelasnya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here