Gambar Hiasan. foto MOHD ADZLAN.

KINABATANGAN – Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Jamaluddin berkata mayat Firman Irwan, 24, dijumpai orang awam pada 2.30 petang.

“Mayat ditemukan di kedudukan 1.2 kilometer dari lokasi mangsa diserang buaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang lelaki dibaham buaya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan pada 1.32 tengah hari.

Susulan itu, katanya empat anggota bomba bergegas ke lokasi sejauh 73 kilometer bagi operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai anggota polis serta Jabatan Hidupan Liar Sabah. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here