Orang ramai memberi bantuan kepada mangsa yang cedera selepas bas persiaran terbalik ketika turun dari Genting Highlands. Gambar Media Sosial

KUANTAN – Polis mengesahkan pemandu bas persiaran terlibat kemalangan di Genting Highland tengahari tadi tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, semakan lanjut terhadap pemandu berusia 32 tahun itu juga mendapati dia mempunyai 27 saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.

Dalam kenyataannya, beliau memberitahu, nahas berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan turun daripada pusat peranginan itu terbabas dan melanggar tembok tengah pembahagi jalan di lokasi terbabit.

“Maklumat awal polis mendapati seramai 21 mangsa terlibat termasuk pemandu bas itu. Seramai 18 penumpang warga asing terlibat bersama tiga warga tempatan dan kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari bas,” katanya.

Zaiham memberitahu, seramai 13 mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala enam yang lain dibawa ke Hospital Bentong untuk diberi rawatan lanjut.

Dalam nahas itu, katanya dua lelaki warganegara China yang dilaporkan terkorban iaitu Zhang Ping, 58 dan  Wang Shuhong, 49, telah dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, Zaiham menyeru mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Bas persiaran turun Genting terbalik, dua warga China maut

1 Komen

  1. Janji pandai memandu, syarikat terus setuju tanpa usul periksa..Saelok elok semua pelancong itu saman syarikat juga.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here