Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai melompat pintu pagar dan mencuri beberapa helai pakaian yang disidai di dalam kawasan sebuah rumah dekat kawasan perumahan di Banting, Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, polis terdahulu mengesan satu video berkaitan kejadian yang didapati tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan  seorang lelaki memanjat pagar sebuah rumah sebelum berlegar di dalam kawasan rumah berkenaan.

Katanya, siasatan awal yang dijalankan polis mendapati kes berkenaan melibatkan laporan polis yang dibuat seorang lelaki berkaitan kejadian berlaku kira-kira jam 1.16 petang semalam.

“Semasa lelaki berkenaan berada di rumah, dia mendapati pakaian milik adiknya yang disidai dekat ampaian di hadapan rumah telah tiada sebelum dia melihat rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semakan pengadu terhadap rakaman CCTV rumahnya kemudian mendapati melihat seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru memanjat pagar serta kelihatan berlegar-legar di dalam kawasan rumahnya,” katanya menerusi kenyataan pagi tadi.

Tambah beliau, individu terbabit kemudiannya memuat naik video rakaman CCTV berkenaan menerusi media social untuk memaklumkan orang ramai agar berhati-hati.

Katanya, pengadu mendakwa tindakannya tularkan video itu dalam media sosial  bertujuan agar penduduk di kawasan perumahannya itu lebih berwaspada.

Akibat kecurian berkenaan, mangsa dikatakan telah mengalami kerugian lebih RM200.

Rentetan insiden itu, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek terlibat dan usaha memburu suspek dipergiatkan.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan, katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here