Md Asraful Islam dikehendaki SPRM untuk kes mahkamah di Alor Setar Kedah.Ihsan foto SPRM Putrajaya

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Alor Setar.

Menurutnya, lelaki tersebut bernama Md Asraful Islam, 38, memegang passport bernombor EH0365795 mempunyai alamat terakhir di G-13, Blok 4, Jalan Mesra 3, Taman Mesra, Butterworth, Pulau Pinang.

“Individu tersebut telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi tujuan pertuduhan kes yang telah ditetapkan,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

SPRM meminta kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan diminta supaya segera menghubungi pegawai penyiasat, Ramli Abd Hamid di talian 019-2676958 atau emel kepada [email protected]

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here