Bertemakan ‘Menginspirasikan Kecemerlangan Malaysia menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat’, Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 berjaya menjadi platform kepada semua golongan untuk terus belajar sesuatu yang baharu saban hari memperkasa diri, komuniti sekaligus negara.
Itu antara cetusan diluahkan oleh Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood yang menyifatkan pembelajaran sepanjang hayat itu bukan sahaja satu keperluan sebaliknya juga budaya bagi rakyat Malaysia untuk terus cungkil potensi diri.