PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang sebuah kereta maut apabila kenderaan yang dinaikinya tertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan di KM71 Jalan Batu Pahat – Mersing, Johor semalam

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 30an bersama keluarganya dari Kluang ke Mersing hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona.

Tambah beliau, kereta terbabit dipandu seorang lelaki bderumur 20 an bersama ibu dan bapanya datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran tersebut, penumpang kereta Proton Persona seorang lelaki warga tempatan berumur lewat 50an (ayah kepada pemandu kereta) mengalami kecederaan dalaman badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Bahrin, pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan manakala ibunya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan badan.

Jelasnya, pemandu kenderaan pacuan empat roda dan penumpangnya yang terdiri daripada dua wanita dan seorang wanita warga emas serta seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan badan.

Beliau berkata, kesemua mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Katanya, kes disiasat di Bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di talian 07-7784222 atau 07-7784256. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here