Hampir 300 orang yang hadir di perkarangan kediaman rasmi Perdana Menteri sebagai tanda protes keatas pentadbiran kerajaan pada Himpunan Rakyat Lawan Anwar ketika di Seri Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 29 JUN 2024.

KUALA LUMPUR – Polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang dianjurkan di Kompleks Perdana, Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan akan dijalankan dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Seramai 12 individu termasuk penganjur telah dikenal pasti untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, pihak penganjur telah dinasihatkan oleh pihak polis bahawa pemilik premis tidak memberi kebenaraan penggunaan lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, sekumpulan baju hitam berkumpul di tempat letak kenderaan awam di Kompleks Perdana di Presint 10, Putrajaya pada jam 4.15 petang bagi menyertai perhimpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’.

Mereka mendesak Perdana Menteri menunaikan lapan tuntutan antaranya menurunkan semula harga diesel dan mengembalikan bekalan beras putih tempatan.

Kumpulan yang dihadiri kira-kira 150 orang itu bersurai pada jam 6.40 petang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here