Noor Neelofa Mohd Noor

KUALA LUMPUR – Syarikat pembangun aplikasi gaya hidup muslim TheNoor tampil menafikan terlibat dengan satu foto yang dikatakan memaparkan imej lucah yang dikaitkan dengan jenama pengasas syarikat itu, Neelofa.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersama The Noor, Mohd Izzairi Yamin yang kesal terhadap salah faham yang berlaku dan menegaskan TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut.

“Selaku CEO dan Co-Founder TheNoor saya tidak bersetuju sama sekali penggunaan image atau postings berunsur lucah (haram) untuk tujuan marketing, promotion dan sewaktu dengannya.

“Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika.

“Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan product atau syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook beliau hari ini.

TheNoor menurutnya, komited untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat.

Mohd Izzairi berkata, pihaknya sedang menyelesaikan hal tersebut di peringkat dalaman untuk memastikan insiden sama tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Selepas teruk menerima kecaman daripada netizen, pihak Nilofa Group yang difahamkan milik usahawan selebriti popular, Neelofa, 35, tampil memohon maaf di atas kekhilafan berlaku.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram syarikat itu, dikongsikan kenyataan permohonan maaf secara terbuka berikutan insiden berlaku mengaitkan penggunaan imej berbaur lucah atau ‘soft porn’ bagi promosi produk mengeratkan hubungan suami isteri.

Terdahulu, menerusi hantaran dimuat naik di akaun @nilofagroup, dipaparkan imej buah pic yang digunakan sekali gus mengundang dakwaan netizen dengan dikatakan cuba memberi gambaran seakan menyerupai alat sulit wanita.

Oleh itu, ruangan komen hantaran promosi produk terbabit terus mendapat kecaman daripada netizen yang kurang menyenangi teknik pemasaran sebegitu apabila dianggap tidak sensitif kerana menggunakan mesej tersirat.

Pada September tahun lalu, difahamkan Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah, PU Riz itu sudah melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here