Himpunan Selamatkan Malaysia
Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan gambar, profil dan kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ini kerana pejabat Mohd Na’im hari ini telah mengesan tindakan pihak terbabit yang menggunakan nama menteri bagi mengajak serta mempromosi untuk menyertai mana-mana kumpulan di semua platform media sosial, kata Setiausaha Politik kepada Mohd Na’im, Dr Muhamad Razak Idris.

Menurutnya, orang ramai perlu membuat semakan terlebih dahulu jika mendapat pelawaan tertentu, menggunakan profil serta maklumat peribadi Mohd Na’im terutama melalui platform media sosial.

Tegasnya, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sudah membuat laporan polis termasuk pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan lanjut.

“Salah guna itu dikesan dalam urusan mengajak atau mempromosikan untuk menyertai mana-mana kumpulan di media sosial terutama di aplikasi WhatsApp, Telegram mahu pun Facebook,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Setiausaha Akhbar kepada Mohd Na’im, Abdul Hanan Abdul Rahman di e-mel [email protected]. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here