Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim

KUALA LUMPUR – Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) meminta Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepadanya mempertahankan kerusi disandangnya jika ia dikosongkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Azizi berkata dia yakin Tan Sri Johari Abdul akan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi meleraikan permasalahan status beliau sebagai Ahli Parlimen Gua Musang.

“Saya akan minta kepada kepimpinan parti (PH-BN) untuk beri peluang kepada saya bertanding.

“(Sebelum ini) saya bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), Parlimen Gua Musang bukan kerusi Parlimen sasaran PN.

“Dua tahun (sebelum Pilihan Raya Umum ke 15) kita susah, saya telah buat kerja (sebagai wakil rakyat),” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun Mohd Azizi bersedia untuk memberikan laluan kepada PH-BN untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang juga disandangnya dahulu danĀ  kini telah diistyihar kosong oleh Yang di-Pertua DUN Kelantan, Datuk Seri Mohd Amar Nik Abdullah.

Pada 19 Jun, Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN Bersatu mengenai keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam pada itu, Mohd AziziĀ  telah menyerahkan surat penjelasan mengenai kedudukannya kepada kepimpinan Bersatu.

Jelasnya, beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada pejabat Johari pada 27 Jun lalu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here