Penganjur demonstrasi 'Rakyat Lawan Anwar'', Aidil Yunus bersama penyokong di IPD, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 01 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Polis telah selesai merakam keterangan 11 individu yang terlibat dalam penganjuran dan penyertaan Demonstrasi Rakyat Lawan Anwar di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Siasatan bermula selama dua jam, berakhir 4 petang tadi.

Antara yang hadir ialah Nurpais Ismail@Papa Berry; Mohd Zubir Embong; Lim Chue Har @Michelle Foo; Mohd Faizal Hassan; Shee Chee Weng (Alex); Fathul Farisan Ab Rahman; Anas Abd Jalil; peguam aktivis Muhammad Rafique Rashid Ali; Aidil Md Yunus; Tengku Intan Tengku Abdul Hamid dan Siti Nuraliana Zulaikha Olivia.

Dalam kenyataannya, A. Asmadi berkata, polis telah mendapatkan temu janji  seorang lagi saksi yang menyertai demonstrasi itu iaitu Badrul Hisham Shaharin @ Che Gu Bard yang akan hadir memberi keterangan pada Rabu ini.

Polis belum merakam keterangan daripada Pengerusi Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

“Kita akan mendapatkan tarikh temujanji daripada Tun Faisal kelak,’ ujarnya.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here