Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Operasi bersepadu besar-besaran ke atas bas persiaran akan dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula esok di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, operasi tersebut bagi mengesan sebarang salah laku atau perlanggaran undang-undang yang dilakukan oleh operator bas persiaran.

“JPJ akan memulakan operasi secara bersepadu bermula  6 pagi terhadap semua bas pelancong yang ada di atas jalan raya dan ia akan berlarutan selama beberapa minggu.

“Kita tidak akan beritahu di mana (operasi dijalankan) kerana notis mengenai operasi ini sudah diberi, kalau tak nak dikenakan tindakan, mereka kena pastikan semua syarat dan peraturan harus dipatuhi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini sebuah bas persiaran yang membawa 21 penumpang, terbalik dan terbabas ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur.

Kejadian itu telah mengorbankan dua pelancong warga China dan semakan mendapati pemandu bas berusia 32 tahunn itu tiada lesen itu serta memiliki 27 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast