Larry Sng

KUALA LUMPUR – Datuk Larry Sng Sng Wei Shien menang tanpa tanding bagi jawatan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, kata PBM, Larry yang juga Ahli Parlimen Julau menang jawatan itu selepas pencalonan pemilihan jawatan Presiden ditutup hari ini tanpa sebarang pencabar.

Selain itu, jawatan timbalan presiden dan naib-naib presiden juga dimenangi tanpa bertanding.

“Steven Choong dan Wong Judat dinamakan sebagai timbalan presiden selepas pengstrukturan dalaman pada Februari lalu, dengan Paul Yong mengambil alih jawatan naib presiden kanan dan Chua Lian Chye dilantik naib presiden,” katanya.

Persidangan Agung Perwakilan PBM akan diadakan di Wisma MCA pada 21 Julai depan.

Sebelum ini, PBM pernah menjadi perhatian apabila berlakunya perebutan kuasa Larry dan beberapa pihak termasuklah mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Talha dan Adun Sementa, Daroyah Alwi.

Larry kemudian bertindak memecat Zuraida bersama 10 lagi anggota parti itu.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) juga mengesahkan kedudukan Larry sebagai Presiden PBM ketika pertikaian tersebut sekitar tahun 2022. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast