Sebuah kenderaan MPV polis terbabit telh dilanggar dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan - Persiaran Bestari di Shah Alam ketika menuju ke lokasi kejadian kes pergaduhan di pusat komersial Seksyen 7 pada Sabtu lalu. Foto Ihsan PDRM

SHAH ALAM – Sebuah kenderaan MPV polisĀ  dilanggar dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan – Persiaran Bestari di Pusat Komersial Seksyen 7 di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan MPV polis itu telah dilanggar dengan sebuah kereta jenis Honda City kira-kira pukul 8.10 malam.

“Ketika kejadian kenderaan MPV polis sedang menghala melintasi persimpangan tersebut dalam keadaan memasang siren dan beacon light.

“Kemudian MPV polis telah dilanggar di bahagian sisi kiri Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau dan kejadian itu menyebabkan kerosakan di bahagian fender dan pintu sisi kiri rosak.

“Selain itu, kerosakkan cermin hadapan dan sisi kiri penumpang juga pecah manakala Honda City itu mengalami kerosakan bumper, bonet hadapan serta radiator dan komponen enjin,” katanya dalam kenyataan.

Ketika kejadian anggota polis berkenaan dalam perjalanan menuju lokasi disyaki berlaku pergaduhan.

Tambah Mohd Iqbal, akibat daripada kejadian itu, pemandu dan penumpang MPV polis mengalami luka di bahagian tangan dan muka serta bengkak di dahi dan kepala.

Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Shah menggunakan ambulans manakala pemandu Honda City tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul bin Zamri ditalian 019-322 9097. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here