Gambar hiasan

TEMERLOH – Taktik licik jenayah sindiket penipuan dalam telefon berjaya memanipulasi seorang penjual kenderaan berusia 27 tahun sehingga menggelapkan wang mangsa berjumlah RM120,000 baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mangsa terpedaya apabila dikatakan akan ditahan kerana terlibat dengan jenayah cuci wang haram semasa dihubungi pihak sindiket.

Menurutnya, mangsa seorang lelaki meerima panggilan telefon dari suspek yang menyamar sebagai pegawai polis pada 27 Jun lalu.

”Selain mengatakan mangsa akan ditangkap kerana terlibat dengan jenayah cuci wang haram, kad bank milik mangsa juga dikatakan telah diguna oleh seseorang yang terlibat dengan kes jenayah.

”Suspek telah mengarahkan mangsa memuat turun aplikasi yang diberi serta mengisi semua maklumat perbankan,” katanya menerusi kenyatan hari ini.

Mangsa juga telah diarahkan untuk membuat transaksi ke akaun yang diberikan untuk siasatan lanjut.

”Akibat dari percaya dan takut, mangsa telah mangalami kerugian berjumlah RM120,000  hasil daripada wang simpanan,” tambahnya Noor Hisam.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.- MalaysiaGazette

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here