Roland Victor hadir bagi kes perbicaran mengenai kesan sampingan vaksin Covid-19 di Mahkamah Sepang, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 01 JULAI 2024.

SEPANG – Prosiding kes pemilik Sky Clinic, Dr Roland Victor yang didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung video dimuat naik ke Facebook mengenai pemberian vaksin Covid-19 pada 2021 ditangguh pada hari pertama pembelaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Perbicaraan bela diri ditangguhkan selepas Mahkamah Sesyen diberitahu Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasarudin dijangkiti Covid-19.

Hakim Fuad Othman kemudiannya menetapkan 23 dan 24 September ini sebagai tarikh baharu perbicaraan kes itu.

Permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah bagaimanapun tidak dibantah peguam Alicia Nicholson yang mewakili Dr Roland.

Roland, 42, doktor perubatan awam pertama berdepan dengan pertuduhan melakukan penghantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dr Roland didakwa membuat penghantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain bertajuk ‘Vaksin RNA Siapa Nak Dulu’ pada 7 Februari 2021 jam lebih kurang 10.30 malam di aplikasi Facebook milik The KL Sky Clinic.

Beliau didakwa di bawah seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588] Dan Boleh Dihukum Di Bawah Seksyen 233 (3) Akta Yang Sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah mengarahkan Dr Roland membela diri pada 21 Mac lepas setelah pihak pembelaan berjaya membuktikan Prima Facie pada peringkat di akhir kes pendakwaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here