Penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar'', Aidil Yunus atau YB Viral bercakap pada media selepas memberikan keterangan di IPD, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 01 JULAI 2024.

PUTRAJAYA – Penganjur himpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’, Aidil Yunus kesal dengan tindakan kerajaan Madani yang menggunakan intimidasi untuk menghalang raykat bersuara.

Dia yang dikenali sebagai YB Viral berkata, pihaknya telah mematuhi undang-undang mengikut Seksyen 14, Akta Himpunan Aman 2012 sebelum menganjurkan perhimpunan pada Sabtu lalu.

“Pertama kali saya ingin menzahirkan rasa kekesalan kerana sekali lagi pihak polis telah digunakan untuk membuli dan membuat intimidasi kepada pihak yang bersuara bagi rakyat.

“Terus terang saya jelaskan, saya sudah buat pemberitahuan pada 14 Jun lalu di mana saya kena bagi pemberitahuan dalam tempoh masa lima hari.

“Jika pihak polis tidak memberikan maklum balas, saya boleh meneruskan himpunan tersebut tapi pada 14 hingga 19 Jun, saya tidak dipanggil untuk jumpa atau terima apa-apa maklum balas dari pihak polis,”katanya dalam pemberita.

Terdahulu, beliau antara 11 individu yang hadir membeir keterangan di sini sejak jam 2 petang tadi berhubung himpunan  ‘Rakyat Lawan Anwar’ pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Aidil turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang melaksanakan tanggungjawab dengan berhemah dan profesional.

“Kami semua hadir di sini untuk memberi keterangan dan dipanggil secara berasingan. Saya akui saya yang menganjurkan demonstrasi ini dan kita ikut lunas undang-undang tanpa perlu sembunyi.

“Saya nak kerajaan tahu saya yang menganjurkan dan saya sentiasa terbuka untuk memberi keterangan kerana ada peguam hebat dibelakang saya untuk berikan nasihat,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung himpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’ di Kompleks Seri Perdana,  Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isan berkata, kesemua individu yang dipanggil telah dikenal pasti dan siasatan akan dibuka dibawah Seksyen 9 (5) Akta Himpunan 2012. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here