Komander Victor Sanjos

LAHAD DATU – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menahan dua lelaki Indonesia dan merampas tiga senapang angin buatan sendiri serta 50 butir peluru guli dalam serbuan di sebuah ladang di Jalan Jeroco di sini semalam.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata dalam serbuan antara 12 tengah hari hingga 3 petang itu Pasukan Khas ESSCOM turut merampas Syabu seberat 87.53 gram bernilai RM24,500, selain 10 pisau taji ayam sabung, parang serta kapak.

“Tindakan pantas Pasukan Khas ESSCOM menyerbu kawasan penagihan dan pengedaran dadah di ladang berkenaan mencerminkan komitmen dan jaminan ESSCOM dalam mengurangkan jenayah rentas sempadan.

“Kedua-dua tahanan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah  Kinabatangan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor dalam pada itu menggalakkan kerjasama orang awam dalam melaporkan sebarang maklumat maklumat berkaitan jenayah ke Pusat Operasi ESSCOM dengan menghubungi talian 089-863181 atau aplikasi WhatsApp di nombor 011-63311072. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast