Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi saksi bagi menentang saman dikemukakan SRC terhadap beliau dan bekas CEO SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil.

Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam pendengaran berasingan berkaitan permohonan Badan Peguam Malaysia memohon semakan kehakiman terhadap pengurangan tempoh hukuman bekas Ahli Parlimen Pekan itu hari ini.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika hakim bicara, Ahmad Kamal Md Shahid mencadangkan beberapa tarikh perbicaraan bagi permohonan berkenaan.

Kata Muhammad Shafee, pada tarikh itu, anak guamnya akan berikan keterangan mahkamah berikutan kes saman tuntutan oleh SRC yang juga sedang berjalan ketika ini.

Sepatutnya prosiding saman SRC itu bersambung pada 29 Julai ini.

SRC International (plaintif) telah menyaman Najib terhadap Najib dan Nik Faisal sebanyak AS$1.8 bilion.

Selain Najib dan Nik Faisal, Datuk Suboh Md Yasin juga dinamakan sebagai pihak ketiga responden bersama-sama bekas pengarah lain iaitu Tan Sri Ismee, Datuk Mohamed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

SRC mendakwa kedua-dua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah dan Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here