Pemandu bas persiaran yang tidak memiliki lesen memandu kenderaan disita sementara selama dua jam sehingga pemandu gantian sampai sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan oleh JPJ dalam operasi Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak pagi tadi.

GOMBAK – Seorang lelaki memberi alasan terpaksa menggantikan abangnya sebagai pemandu bas persiaran membawa penumpang ke Kuantan ditahan kerana kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan lessen kenderaan pengangkutan (PSV).

Pemandu warga tempatan berusia 36 tahun yang enggan dikenali itu berkata, abangnya mengalami masalah kesihatan dan memintanya untuk menggantikannya.

“Abang saya yang patut membawa bas persiaran ini ke Kuantan bersama penumpang tetapi disebabkan keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan tidak larat bangun awal pagi, dia meminta saya menggantikannya.

“Namun selepas tiba di Tol Gombak, bas persiaran saya ditahan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana kesalahan tiada lesen memandu sah dan juga PSV.

“Saya tahu ini satu kesalahan serius tetapi tidak dapat dielak kerana hendak membantu abang saya yang kurang sihat dan dia mengarahkan saya membawa bas dan menunggu di tol sebelum JPJ bawa ke pemeriksaan dan mengambil tindakan serta meminta saya menunggu sehingga pemandu berlesen sah sampai,” katanyaa ketika ditemui Stesen Penguatkuasaan Gombak JPJ di  di Lebuh Raya Karak dekat sini pagi tadi.

Bas persiaran yang dipandu lelaki berasal dari ibu negara itu telah diperiksa dan disita selama dua jam bermula 7.30 malam semalam sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan selepas abangnya sampai untuk mengambil alih tugas memandu bas persiaran tersebut.

“Sebelum ini tidak pernah berdepan situasi sebegini sebab saya hanya bawa bas di dalam ibu negara dan di kawasan taman-taman sahaja.

“Selepas ini saya perlu selesaikan urusan lesen memandu ini untuk mengelak diambil tindakan lagi dan juga menjamin keselamatan penumpang,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here