CANBERRA- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menolak jemputan ke sidang kemuncak NATO yang akan diadakan pada minggu depan di Washington, lapor Xinhua.
Kerajaan Australia pada Selasa berkata Albanese tidak akan menghadiri sidang kemuncak di Washington dari 9 hingga 11 Julai, yang menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 1949.
Bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Richard Marles akan mewakili Australia pada sidang kemuncak itu.
Albanese dijemput ke mesyuarat itu bersama pemimpin Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Jurucakap Marles berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau akan memperjuangkan agenda keselamatan, ekonomi dan perdagangan Australia di sidang kemuncak itu.
Akhbar Nine Entertainment melaporkan bahawa Albanese menolak jemputan itu untuk memberi tumpuan kepada dasar domestik.
— BERNAMA-XINHUA