Selepas lebih setahun ditutup susulan tragedi cerun runtuh yang mengorbankan 31 nyawa, Jalan Batang Kali-Genting Highlands akhirnya dibuka semula kepada kenderaan semalam.
Tinjauan MalaysiaGazette malam tadi mendapati jalan raya tersebut kembali beroperasi dan mula digunakan.