Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen pembangkang menyarankan agar sebarang penjualan saham aset strategik negara perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, ia bagi mengelakkan sebarang keputusan hanya dibuat oleh seorang individu seperti mana kegagalan yang berlaku dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru, Jabatan Audit Negara perlu menyiasat penjualan saham Malaysia Airlines Holding Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

“Jadi apa masalah dibincangkan antara ‘tiga orang’ ni? Bukankah ini resipi kegagalan 1MDB yang kamu semua (MP kerajaan) lawan?

“Bila (kamu ahli Parlimen) masuk (menjadi kerajaan) Madani, kamu halalkan. Tak dibincangkan dalam Kabinet.

“Minta Jabatan Audit Negara dengan kuku taring baru ini, siasat penjualan saham MAHB kepada BlackRock dan GIP,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab dalam hal berkenaan kerana pada masa sama pengerusi Khazanah serta menteri kewangan.

Pada 21 Jun, GIP berkata, BlackRock tidak akan terlibat dengan MAHB kerana pengurusan GIP masih akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas syarikat itu.

Pada hari sama, Anwar berkata, perbincangan dengan GIP telah dimulakan sebelum BlackRock memulakan pengambilalihan saham GIP lagi.

Beliau berkata, tindakan memutuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di Malaysia akan menjejaskan ekonomi.

Bagaimanapun, perdana menteri menjelaskan BlackRock sudah pun mempunyai kepentingan dalam banyak syarikat di negara ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here