Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berucap di Majlis Penyerahan Tajaan Caruman SKSPS dan SKSSR, di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. 3 Julai 2024

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menaja perlindungan keselamatan sosial kepada 756 penjaja dan 434 suri rumah B40.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, jumlah kumulatif yang ditaja pihak DBKL kepada 756 penjaja itu adalah sebanyak RM175,996.80.

“Setiap penjaja menerima Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sebanyak RM232.80 seorang.

“Berdasarkan rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tahun ini sehingga 21 Jun lalu, sebanyak 2,398 kes tuntutan telah diterima dengan pembayaran faedah keseluruhan melebihi RM10.76 juta.

“Faedah itu merangkumi 61 kes tuntutan para penjaja dengan pembayaran faedah berjumlah RM155,00,” katanya semasa Majlis Penyerahan Tajaan Caruman SKSPS dan SKSSR, hari ini.

Dalam pada itu, JWP turut memberi tajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) berjumlah RM52,080 kepada 434 suri rumah golongan B40.

“Caruman itu bertujuan untuk melindungi mereka daripada segala bentuk keganasan domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

“Sehingga 31 Mei lalu, PERKESO telah mencatatkan pembayaran faedah bernilai lebih RM1.93 juta untuk 869 kes tuntutan SKSSR,” tambahnya.

Kedua-dua tajaan SKSPS dan SKSSR akan dimulakan bermula tarikh mereka didaftarkan untuk tempoh 12 bulan.

Majlis yang berlangsung di Pasar dan Pusat Penjaja Jalan Witarawati, Kampung Pandan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast