Anggota parademik memeriksa mayat pemandu kereta yang terbabas ke dalam parit di Jalan P 4/2 Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, hari ini. Gambar ihsan bomba

SEMENYIH – Seorang lelaki maut kereta yang dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan P 4/2 – Bandar Teknologi Kajang Semenyih, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.51 pagi.

“Difahamkan, kereta jenis Honda Stream yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu, terbabas sebelum masuk ke dalam parit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bersama dua jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast