Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi (GIG) secara formal yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan Suruhanjaya itu adalah berikutan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Kongres Ekonomi Bumiputera yang lalu bagi melihat ia diwujudkan.

Menurutnya, suruhanjaya tersebut bukan sahaja meliputi kebajikan pekerja-pekerja dibidang e-hailing dan p-hailing malah, turut meliputi pekerja-pekerja separa masa dan pekerja separa profesional.

“(Ia) termasuk mengikut Akta 789 iaitu Akta Bekerja Sendiri dan ini akan dapat dilakukan dalam tempoh dua bulan atau 60 hari daripada sekarang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah berkata, langkah mewujudkan suruhanjaya berkenaan adalah bagi melihat 1.16 juta pekerja di bidang itu yang tidak memiliki perlindungan sosial.

Katanya, setakat ini hanya 250,000 orang sahaja daripada jumlah tersebut yang memilik perlindungan daripada Pertubuhan Kesalamatan Sosial (Perkeso).

“Untuk itu keputusan yang telah kami lakukan bahawa suatu akta baharu bagi mencakupi soal pekerja-pekerja GIG ini akan dibentangkan oleh KESUMA dan kita mempunyai sasaran untuk bacaan kali pertama akta baharu ini pada sidang Parlimen bulan Oktober hingga Disember, ini tarikh sasaran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, bagi tujuan berkenaan KESUMA akan membentangkan kertas Kabinet dan memorandum kepada Jemaah Menteri dua mimnggu dari sekarang bagi pengwujudan akta dan juga beberapa aspek ekonomi GIG tersebuti secara holistik.

Jelasnya, ia adalah satu langkah yang dilakukan oleh kerajaan kerana terdapat hanya beberapa negara sahaja di dunia yang telah melaksanakan soal akta ataupun surauhanjaya GIG tersebut.

Negara-negara itu kata beliau, antaranya Amerika Syarikat di California dan India serta beberapa negara lain.

Bagaimanapun kata beliau, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) hanya akan mengadakan persidangan mengenai perkara itu pada tahun hadapan.

“Tetapi, Malaysia melalui KESUMA mengambil beberapa langkah proaktif untuk melakukannya lebih awal.

“Insya-Allah komitmen kerajan sebagaimana yang dinyatakan olehPerdana Menteri saya sendiri akan terjemahkan dengan keterlibatan 19 kementerian dan jabatan agensi bagi mendokong saranan Perdana Menteri untuk dilakukan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast