Orang ramai turut hadir meraikan Program out reach BN berjaya memikat lebih 1,000 pengundi India di Sungai Bakap. Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 5 JULY 2024.

NIBONG TEBAL – Lebih 1,000 masyarakat India membanjiri program outreach anjuran Barisan Nasional (BN) bagi menyatakan sokongan kepada calon Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin.

Program anjuran Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu memberi penekanan kepada penduduk Sungai Bakap untuk memilih calon selari dengan kerajaan negeri dan Pusat.

Kehadiran masyarakat India secara tidak langsung menepis dakwaan pengundi dari kaum itu berada dalam mood protes terhadap kerajaan.

S. Trriloshan

Bagi pengundi muda, S. Trriloshan, 20, program outreach memberi keyakinan gabungan Kerajaan Perpaduan mampu membawa mesej jelas berkaitan kepelbagaian masyarakat dalam negara ini.

“Sebagai anak muda saya mahukan negara ini terus mengekalkan perpaduan tanpa mengira kaum Melayu, Cina mahu pun India.

“Kesepakatan itu mampu membawa negara kita lebih jauh dan saya percaya gabungan Pakatan Harapan dan BN mampu lakukannya tanpa sebarang prejudis,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette malam tadi.

P. Thevganes

Menurut P. Thevganes, 20, inisiatif yang dibuat BN menerusi pelbagai program penuh dengan masyarakat bukti dakwaan pengundi muda Sungai Bakap tidak memihak pada calon kerajaan tidak benar.

“Selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara sudah banyak perubahan dilakukan jadi  selaku pengundi muda saya mengharapkan calon kerajaan membawa perubahan kepada kampung halaman kami (Sungai Bakap).

“Contohnya, sekolah-sekolah banyak dibaiki pulih dan semestinya ini yang anak muda impikan iaitu perubahan dari dasar. Ini depan masa depan saya serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

P. Maheswari

Sementara itu, C. Maheswari, 49, berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kemasukan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum ke matrikulasi antara sebab dia mahu wakil rakyat daripada parti kerajaan.

“Kalau pimpinan atas (Kerajaan Pusat) fokus akan isu pendidikan semua masyarakat termasuk kami golongan minoriti (India) jadi semestinya calon yang diketengahkan di Sungai Bakap turut akan bertindak selari.

“Siapa lagi kita nak harapkan pertolongan kalau bukan ia daripada pihak kerajaan,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH, Dr. Joohari Ariffin yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dengan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya  Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast