Tangkap layar video tular lori dipandu melawan arus di Seremban.

KUALA LUMPUR – Hanya berpandukan aplikasi Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) menjadu punca pemandu lori memandu lawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, lelaki erusia 54 tahun turut itu memberikan alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan tersebut.

“Dia mendakwa hanya memandu berpandukan aplikasi GPS kerana tidak biasa dengan laluan di kawasan itu,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 51 saat menunjukkan lori dipandi lawan arus.

Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut membuat penghantaran ke Seremban tidak menyedari berada di laluan tidak sepatutnya.

“Usaha mengesan suspek dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban, membawa kepada penahanan pemandu lori berkenaan pada hari sama bersama sebuah lori,”jelasnya.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-MalaysiaGazette