Seorang pesakit struk, Rosnah Ramli, 50, hadir menaiki kerusi roda untuk membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Bakap di SK Sungai Duri, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 6 JULAI 2024.

NIBONG TEBAL – Semangat untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap tidak menghalang pesakit strok, Rosnah Ramli menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

Wanita berusia 50 tahun yang menetap di Sungai Duri di sini, berkata, dia tidak pernah sekali pun terlepas daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar sejak berusia 21 tahun.

“Sudah tiga tahun saya hidap strok bahagian kiri..memang tak mampu untuk berjalan kaki khususnya bermula dari paras lutut akan rasa mencucuk.

“Ini merupakan kali pertama saya menaiki ambulans untuk ke pusat mengundi.. Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum sebelum ini saya masih mampu berjalan perlahan-lahan.

“Kali ini meskipun tidak mampu datang dengan anak atas faktor kesihatan, kami (anak beranak) cuba dapatkan bantuan Unit Ambulans Yayasan Amal Malaysia untuk pastikan tanggungjawab sebagai ditunaikan,” katanya sebaik selesai mengundi di SK Sungai Duri di sini, hari ini.

Difahamkan, persiapan untuk ke pusat mengundi menggunakan ambulans itu dibuat seminggu awal oleh salah seorang anak Rosnah.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada PRK bagi memilih wakil rakyat DUN Sungai Bakap esok.

Sebanyak sembilan pusat pengundian yang mengandungi 65 tempat mengundi atau saluran dijadual dibuka serentak bermula jam 8 pagi dan ditutup jam 6 petang.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pilhan raya kecil kawasan itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya  Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast