NIBONG TEBAL – Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 4,267 undi.
Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal memperoleh 14, 489 undi, menewaskan pencabarnya calon Pakatan Harapan (PH) Dr. Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi di sini malam ini.
Khairulnizam turut memaklumkan peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari ini adalah 63.45 peratus manakala undi rosak 208.
Seramai 39,151 pemilih berdaftar layak mengundi DUN Sungai Bakap dengan sembilan pusat pengundian yang mengandungi 65 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang.
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
Pilhan raya kecil kawasan itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri Ogos lalu, Nor Zamri menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – MalaysiaGazette
Padanlah muka
Kurang ajar lagi sama rakyat.
Cepatlah hapus subsidi lain lagi biar cepat tumbang. PM dan Menteri Ekonomi kena cepat turun sebelum diturunkan. Bebaskan bosku.