Ulat sutera yang dibawa masuk dari Vietnam di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini.

BAYAN LEPAS – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk ulat sutera tanpa permit import di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP)  di sini hari ini.

MAQIS dalam satu kenyataan berkata, ulat sutera itu ditemui hasil pemeriksaan ke atas bagasi yang dibawa seorang penumpang dari Vietnam.

“Hasil semakan lanjut mendapati sebanyak 15 kilogram ulat sutera cuba dibawa masuk ke dalam negara.

Kesemua 15 kg ulat sutera itu dirampas untuk tindakan lanjut.

“Kita telah sita kesemua ulat sutera itu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana dibawa masuk ke dalam negara tanpa kelulusan dan dokumen permit import yang sah.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast