Tangkap layar iklan skim pelaburan dikenali sebagai Nazmi Sahabat Invest di kumpulan Telegram.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah membuat satu laporan polis berhubung penggunaan nama dan gambarnya dalam iklan pelaburan di aplikasi Telegram.

Dalam hantaran di aplikasi X, beliau berkata, pihaknya telah membuat laporan berkenaan kes itu di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada Rabu lalu untuk menafikan penglibatannya dengan akaun itu.

“Untuk makluman, saya tidak terlibat dengan skim pelaburan tersebut. Justeru, laporan dibuat bagi menafikan pelaburan itu dan bagi melindungi reputasi,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast