Pasukan Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa keluar sebanyak tiga kotak dokumen dipercayai berkaitan isu Hrd Corp di Wisma HRD Corp, Bukit Damansara. Foto SYADILA AMARI, 09 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 anggota Pasukan Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai mengambil dokumen berkaitan isu HRD Corp selepas enam jam berada di Wisma Hrd Corp di Jalan Beringin di sini hari ini.

Mereka dilihat membawa tiga buah kotak dipercayai berisi dokumen yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 pada pukul 5.45 petang tadi.

Pasukan Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa keluar sebanyak tiga kotak dokumen dipercayai berkaitan isu Hrd Corp di Wisma HRD Corp, Bukit Damansara. Foto SYADILA AMARI, 09 JULAI 2024.

Terdahulu, lima Pasukan Khas SPRM terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita tiba di Wisma HRD Corp pukul 11.30 pagi dengan menaiki dua kenderaan berasingan tanpa logo sementara lima lagi pegawai SPRM tiba sekitar 11.39 pagi.

Difahamkan, kehadiran kumpulan pegawai penyiasat itu bagi mengambil dokumen berkaitan isu kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim turut mengesahkan pasukan khas SPRM telah hadir ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Ia berhubung isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Pada Khamis, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagaj aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pula antara lain mendedahkan sejumlah RM4.81 juta baki geran pada tahun 2020 yang tidak digunkana dan beljm dikembalikan kepada kerajaan.

Selain itu, sebanyak 62 permohonan levi berjumlah RM1.68 juta diluluskan selepas tarikg latihan serta baki levi tertunggak berjumlah RM205.42 juta setakat 31 Disember lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pasukan khas SPRM ‘masuk’ pejabat KESUMA, HRD Corp ambil dokumen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast