Lelaki terbabit gigih menuntut keadilan ke atas kematian anaknya yang dikenali sebagai Baby Syifa

KUALA LUMPUR- Seorang aktivis ditahan polis petang semalam berhubung dakwaan menipu dalam urusan guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki itu ditahan di ibu negara oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, 2.45 petang semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki terbabit didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhkannya, YY Community Center.

Dia sebelum ini berjaya meraih perhatian ramai apabila gigih memperjuangkan kes penganiayaan anaknya Nour Rania Asyifaa atau lebih dikenali sebagai Baby Syifa, 15 bulan yang meninggal dunia akibat terjerut buaian ketika tidur di sebuah taska, Februari 2022.

Bagaimanapun, bekas peguam keluarga Baby Syifa, Hafiz Norkhan menafikan wang tersebut digunakan dalam proses mewakili kes tersebut.