Budak Makan Keropok Beracun Meninggal Dunia #MGFlash

Seorang daripada dua beradik yang kritikal selepas termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Kulim pada Ahad lalu meninggal dunia 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.